10/18/2012

Roh

Assalamualaikum Warahamatullah ,sahabat ^_^

Roh ialah bahagian dari Tuhan yang diletakkan di dalam diri manusia. Oleh kerana itu, sudah menjadi fitrah yang kita akan ada keinginan untuk kembali dan merinduiNya. Ketika berusia 4 bulan di dalam janin, kita berikrar mengakui keesaan Allah. Ikrar inilah yang dinamakan fitrah. Jiwa atau nafsu pula adalah berasal dari manusia sendiri. Ia mendorong berbuat kejahatan. Manakala hati adalah tempat letaknya roh dan jiwa. Hati yang bersih ialah apabila roh mempunyai pengaruh yang lebih kuat berbanding jiwa. Lalu, hati yang bersih itu nanti akan membimbing akal, pancaindera dan tubuh badan untuk melakukan perkara kebaikan.

Wallahu alam

No comments:

Post a Comment