Kau biar dirimu dimakan nafsu jahannam...
Kau biar maruahmu dihina tanpa kau sedari...
Dengan hanya sekeping gambar...
Kau biar dirimu menjadi bahan tontonan umum..
Gurauan, igauan buat makhluk yang bernama ajnabi...
Hanya kerana mahu kan dirimu kelihatan lebih indah....
Kau biar kan aurat mu terdedah tanpa rasa bersalah...
Kau lupa agaknya tentang dunia ini hanya tempat persinggahan...
Hingga kau tenggelam dan bergelumang dalam dosa yang penuh noda itu ...
Hingga kau lupa di suatu saat itu...
Setiap kuntuman bunga syurga gugur...
Di sana...
Kau dihina penghuni syurga...
Tanpa kau sedari lagi...
Kau telah menjadi makhluk yang paling hina di mata Tuhan...
Bangkitlah wahai wanita akhir zaman...
Jangan kau mudah terpedaya oleh dunia yang penuh nafsu durjana ini...
Kau lihat diri kau...
Kau merupakan suatu makhluk yang paling indah kejadiannya...
Bangun dan gagahkan dirimu untuk menjadi kuntuman bunga syurga yang mekar bak indah wangiannya ...
Yang bakal dirindui setiap siapa yang menghidunya...
Biarkan bidadari syurga mencemburui mu...
Moga kau menjadi bidadari yang diidamkan oleh seluruh penghuni alam...
Moga kau menjadi kekasih Tuhan yang abadi...
Biar Rabbi sentiasa menjadi peneman kau di saat kau jatuh ...
Hanya dia...
Dan segalanya tentang dia...
Yang mampu membuat hati yang lara bergelora...
Menjadi tenang bak langit yang birunya di kala siang...
Dan tenangnya bagai malam yang sunyi...
Hanya bintang yang menemani malam langit...
Moga jiwa kau diterangi cahaya cinta Rabbi seperti bintang malam...
Biar cinta suci kau hanya dibuai indah buat sang pentakbir alam...
Wahai wanita akhir zaman....
Moga kau kuat hingga ke syurga Illahi...
Jumpa di sana...
No comments:
Post a Comment