Firman
Allah s.w.t.:
Hai orang-orang yang beriman,
barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan
mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun
mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang
bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan
yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah,
diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas
(pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Ma'idah: 54)
Dalam
ayat tersebut, Allah s.w.t. memberi amaran kepada umat Islam, supaya tidak
meninggalkan ajaran agama Islam, kerana jika umat Islam meninggalkan ajaran
Islam, Allah s.w.t. akan memusnahkan mereka seluruhnya dan menggantikan mereka
dengan suatu kaum lain yang mana, kaum tersebut sangat dicintai dan mencintai
Allah s.w.t..
Tersebutlah
alkisah seorang mujahidah yang bernama Qatrun Syiffa . Beliau berketurunan
Melayu kacukan Turnisia . Rupa parasnya bak bidadari dalam jannah , tidak
tergambar betapa cantiknya dia . Qatrun menjadi impian berjuta pria malahan dia
juga turut menjadi idola pemuda . Beliau merupakan salah seorang mahasiswi yang
paling arif di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) . Beliau mengambil
jurusan dalam bidang Usuluddin , Fiqh , Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah ,
Tasawwuf , Pendidikan Syariah Islamiyah dan Bahasa Arab Tinggi . Beliau juga
merupakan seorang pendakwah bebas yang sanggup berjuang demi Allah , Rasulullah
dan agama Islam .
Ketika semua pintu telah terkunci ,
pintu-Nya tetap terbuka . Ketika setiap jalan terlihat buntu , jalan-Nya selalu
terbentang . Ketika semua tangan telah terkekang , tangan-Nya senantiasa
terhulur . Ketika semua cinta telah sirna , cinta-Nya tetap mencurah . Ketika
tidak seorang pun mampu menolong , hanya pertolongan-Nya yang Qatrun harapkan dalam
menempuh maknawi rencana kehidupan , Qatrun sedia menerima tentangan dari sesiapapun
yang mencemuh mengenai sifat ketuhanan Allah , kenabiaan Muhammad ya Rasulullah
dan agama yang tercintanya iaitu Islam .
Kekaguman Qatrun terhadap cinta-Nya membuatkan keyakinan Qatrun semakin
bercambah dalam menegakkan keadilan .
"Barangsiapa
yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar, dan akan
memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.."(Surah
At-Thalaq:2-3)
Terimbau
kembali akan kisah silamnya yang mengusik kalbu . Tersenyum Qatrun seorang diri
ketika sedang berdakwah dalam laman sosial yang memiliki lebih 400 juta
penggunanya terutama kaum remaja . “
Qatrun, Qatrun ! marilah sini , tengok ni , Encik Pemandangan Indah ‘online’
lah ! “ teriak sahabatnya , Zaliya . “ Ehh , betul ke Encik Pemandangan Indah ‘online’
? “ balas Qatrun . “ Isshh , kau ni tak percaya lak kat aku ? Kita kan dah lama
kawan , takkan aku nak tipu kau pulak “ kata Zaliya . “Okey , aku percaya dekat
kau . Mana dia ? nak tengok ? “ balas Qatrun . “ Ni dia ! kau klik dekat sini ,
pastu kau boleh la ‘chat’ dengan dia “ dibalas pula oleh Zaliya .
Dalam
‘chat box’ , “ Assalamualaikum , Qatrun . ” , belum sempat Qatrun memulakan
‘chat’ , Encik Pemandangan Indah yang mulakan ‘chat’ dahulu . Alangkah bahagia
hatinya bagai menari-menari di atas pelangi syurga . Dengan pantas Qatrun
membalas ‘chat’ “ Waalaikummussalam” . “Lama dah ana perhatikan anti . Cuma
anti je yang tak perasan ” kata-kata manis yang diungkapkan oleh Encik
Pemandangan Indah . “ ye ke ? tak tahu lah pulak ana ? setahu ana bidang yang
anta ambil tidak sama dengan ana kan? ”
balas Qatrun . “hmm .. kalau ana nak buat suatu permintaan terhadap anti . Boleh anti terima tak ? ” permintaan yang
dibuat oleh Encik Pemandangan Indah yang begitu menaruh pengharapannya terhadap
Qatrun . “ Apa yang anta nak buat permintaan ni ? Insya`Allah , boleh .. Asalkan permintaan
anta tidak melebihi batasan perhubungan sebagai kawan . Selagi belum akad ,
selagi itu ada jarak antara kita . Ada faham ? harap kata-kata ini tidak
menyakitkan hati anta , kerana ana tidak mahu menanggung dosa dan menambahkan dosa
anta ! untuk kebaikan kita juga ya ! Insya`Allah
‘muhasabah diri’ ,” kata-kata yang tidak mampu memberi pengharapan
kepada permintaan Encik Pemandangan Indah walaupun sekecil zarah . “Hmm , kalau
macam tu okey lah .. syukran ya kathir kerana mengingatkan ana ! ” balas ‘chat’
Encik Pemandangan Indah bukan dengan perasaan hampa , malah dia amat berterima
kasih terhadap Qatrun kerana telah menyedarkannya .
Sungguh.,
kehadiran seorang insan yang dianggap memahami , mengambil berat dan
menenangkan jiwa boleh menjadikan manusia terbang jauh ke sebuah dunia yang
cukup indah. Dunia yang menjadikan hidup ini terasa tiada sesiapa, melainkan
dua jiwa itu sahaja. Tiada apa-apa peraturan mahupun sempadan yang membataskan
segala pergerakan dan perbuatan.
Segalanya indah.
Ramai
orang terbang ke dunia itu. Berlarian di tamannya. Bergurau senda di tepian
tasik. Membilang kata cinta dengan iringan merdu kicauan sang burung. Sesiapa
jua, apabila tiba di sana, terasa bagaikan tidak mahu pulang dan mahu selamanya
mengabdikan dirinya di sana.
Dan dunia itu, ramai orang
menamakannya sebagai ‘cinta’.
Berlainan pula dengan
sebalik takbir diri Qatrun Syiffa , dia
sedang mengejar serta mencari cinta yang tidak ternilai harganya dengan
berdakwah secara bebas di mana jua mahupun dalam laman sosial atau ketika
menjalani ibadah terhadap Illahi . Ketika ini lah hati Qatrun mula bersemi dalam merangka
cinta yang penuh keyakinan terhadap Illahi . Tidak langsung Qatrun endahkan
cinta yang fana . Rindu Qatrun terhadap Illahi membuatkan hatinya sentiasa
dimendung ombak cinta Illahi . Butiran air mata sentiasa berjuraian setiap kali
Qatrun sujud menghadap Illahi kerana Dia telah mengurniakan segala nikmat
kepada Qatrun . Tidak sanggup Qatrun meninggalkan segala perintahnya . Bagi
Qatrun melodi syukur sebegini masih tidak mencukupi . Jika mampu yang lebih
hebat , akan dia persembahkan . Dalam masih tercari-cari maknawi makrifatullah
, bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba dan dia cuba menyinarkan pesona maya
kerana tidak upaya dia hadapinya , andai
murka-Nya menghukum leka . Qatrun mengajak hatinya untuk bercinta, raikan
fitrahnya demi sebuah cinta, namun tidak sesekali Qatrun lupa untuk mengajak
dan mendidik hatinya untuk cinta ya Rabbi yang lebih utama . Dia raikan jiwanya
yang sebenarnya tandus dan boleh mati tanpa cinta dari sang Penciptanya
.Kembali menghayati syahadahnya saban waktu. Dia pastikan Allah dan Rasul tetap
utuh sebagai pemilik mahabbah cinta nombor satu , biar di mana sekalipun dia
berada, pasti dan pasti dia akan selamat dalam sebuah aqidah cinta .
“Qatrun,Qatrun!!
Anti tengok tak lagi apa yang terpampang pada papan kenyataan di hadapan kafeteria
?? ” suara seorang gadis remaja yang jelas kedengaran memanggil Qatrun dari
belakang . “ Ya ,Tieya , terkejut ana . Belum lagi . Kenapa ? ada informasi terbaru ke
? atau pertandingan ? ” jawab Qatrun . “
Ya , sememangnya ada ! Bukan informasi tetapi pertandingan . Pertandingan
Perbahasan ! Menarik tajuknya . ” balas Tieya . “ Apa tajuknya ? siapakah yang
jadi pembangkang dan siapa pula yang bakal menjadi penganjurnya ? ” tanya
Qatrun . “ Tajuknya mengenai ’22 soalan yang menjadi keraguan mengenai Islam?’
penganjurnya bukan kita , tapi wakil pelajar dari Universiti Oxford berbangsa
Kristian dan pembangkangnya adalah Universiti kita . Cuma tunggu wakil dari
universiti kita je . Qatrun , anti nak sertai tak ? kalau anti sertai , ana
turut sekali . Sudah lama ana tinggalkan perbahasan ni , sekarang ana nak
sambung balik . Bagaimana pendapat anti mengenai pertandingan ini ? ” tanya
Tieya . Terukirlah kuntuman senyuman manis daripada riak wajah Qatrun , dia
menjawab dengan penuh keyakinan “ Alhamdulillah , lama ana tunggu saat ini
. Dengan ini , barulah boleh kita
buktikan betapa hebatnya agama Allah kepada penganut yang bukan Islam agar
mereka kagum akan keindahan agama kita ! Insya`Allah , ana akan sertai
pertandingan ini . Tolong masukkan nama ana ya untuk pertandingan ini ” . “Baik sahabatku yang dikasihi ” balas
Tieya .
Pelbagai rujukan dibuat oleh Qatrun
dan Tieya di internet malahan buku-buku di maktabah turut menjadi sumber utama
bagi mereka disamping pertolongan daripada pensyarah kesayangan mereka ,
Profesor Harith Syafie . Mereka bertungkus-lumus dalam mencari bahan yang
sesuai bagi tajuk perbahasan mereka . Segala hadith dan ayat di dalam al-quran
mengenai tajuk itu mereka keluarkan daripada sumber yang sepatutnya bagi
mengukuhkan perbicaraan mereka nanti . Mencari bahan-bahan tersebut mengambil
masa dalam tempoh dua minggu sahaja .
Mereka sanggup membeliakkan mata sehingga pukul satu pagi demi mencari bahan
untuk perbahasan mereka sepanjang tempoh itu .
Tiba saat yang dinantikan , segala persediaan dan persiapan
dilakukan oleh mereka dengan begitu rapi sehingga satu benda penting pun tidak
tertinggal . Diiringi santapan bacaan doa kerana ia adalah satu-satunya senjata
seorang mukmin dalam menghadapi sebuah medan peperangan mahupun setiap
pekerjaan yang dilakukan kerana Allah S.W.T . Setiap derap langkah kaki Qatrun
dan Tieya dalam perjalanan memasuki dewan perbahasan dilalui dengan bacaan bismillah
dan alunan zikir dalam hati agar memperoleh ketenangan dan tidak akan gentar
dalam perbicaraan nanti .
Tepat Jam 10.00 pagi hari Jumaat , perbicaraan pun
bermula .
Wakil daripada Universiti Oxford , Michael pun berkata, "Aku akan mengajukan kepada
anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."
Qatrun tersenyum dan
berkata, "Silakan!"
Michael pun mulai bertanya ,
·
-Sebutkan
satu yang tiada duanya,
·
-Dua
yang tiada tiganya,
·
-Tiga
yang tiada empatnya,
·
-Empat
yang tiada limanya,
·
-Lima
yang tiada enamnya,
·
-Enam
yang tiada tujuhnya,
·
-Tujuh
yang tiada delapannya,
·
-Delapan
yang tiada sembilannya,
·
-Sembilan
yang tiada sepuluhnya,
·
-Sesuatu
yang tidak lebih dari sepuluh,
·
-Sebelas
yang tiada dua belasnya,
·
-Dua
belas yang tiada tiga belasnya,
·
-Tiga
belas yang tiada empat belasnya.
·
-Sebutkan
sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh!
·
-Apa
yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
·
-Siapakah
yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?
·
-Sebutkan
sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
·
-Sebutkan
sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
·
-Siapakah
yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang
terpelihara dari api?
·
-Siapakah
yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang
terpelihara dari batu?
·
-Sebutkan
sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
·
-Pohon
apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, Qatrun pun tersenyum dengan
keyakinan kepada Allah. Setelah membaca Bismillah dia berkata,
·
-Satu
yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
·
-Dua
yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang.
Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua
tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
·
-Tiga
yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa a.s ketika Nabi Khidir a.s
menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan
kembali dinding yang hampir roboh.
·
-Empat
yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
·
-Lima
yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
·
-Enam
yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
·
-Tujuh
yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit
berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha
Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
·
-Delapan
yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di
penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat menjunjung
'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
·
-Sembilan
yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang
bercahaya, angin taufan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
·
-Sesuatu
yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan.
Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya
sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
·
-Sebelas
yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf a.s.
·
-Dua
belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa
memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan
tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).
·
-Tiga
belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
·
-Adapun
sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu
subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).
·
-Kuburan
yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus a.s.
·
-Mereka
yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada
ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami
tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala. "
Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada
cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku
akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)
·
-Sesuatu
yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya
sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).
·
-Makhluk
yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Soleh dan
kambing Nabi Ibrahim.
·
-Makhluk
yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang
diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api
dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
·
-Makhluk
yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Soleh,
yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah Abrahah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
·
-Sesuatu
yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.?
"Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf:
28).
·
-Adapun
pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun
mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari
maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan
Buahnya adalah Solat
yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Wakil daripada Universiti Oxford dan
para hadirin merasa takjub mendengar jawapan gadis Muslim tersebut. Kemudian
Qatrun dan Tieya pun mula hendak pergi
pergi kerana masa perbicaraan telah tamat . Namun , Qatrun mengurungkan niatnya
dan meminta kepada wakil Kristian agar menjawab satu pertanyaan saja.
Permintaan ini disetujui oleh para wakil Kristian itu .
Qatrun pun bertanya,
"Apakah
kunci syurga itu?"
Mendengar pertanyaan itu lidah para wakil Kristian , terutama
Michael menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun
berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang
yang hadir di dewan itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut,
namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan
kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu
pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "
Michael berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun
aku takut kalian marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda.
"
Michael pun berkata,
"Jawapannya
ialah Asyhadu
An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. "
Lantas Michael dan wakil daripada Universiti Oxford yang
hadir di dewan itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah
menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang
gadis Muslimah yang bertakwa.
Orang-orang yang sesat dalam kalangan Kristian langsung tidak
tahu rahsia ini,kerana rahsia asal telah dimusnahkan semasa era Paulus dan
selepas persidangan Nicea yang menyaksikan kitab Injil diseleweng secara
besar-besaran dan sejumlah besar manuskrip-manuskrip asli para pengikut
Hawariyyun dibakar atau ditanam.
DUA
KUNCI SYURGA YANG SELALU UMAT ISLAM UCAPKAN DI DALAM SOLAT MEREKA.
Segala
puji ,Qatrun panjatkan keatas Allah begitu jua dengan Tieya . Alhamdulillah ,
kata-kata yang tidak terputus daripada mulut dan hati Qatrun kerana dia telah
berjaya mengislami wakil dari Universiti Oxford itu .
Qatrun
tergesa-gesa pergi mencari masjid kerana dia hendak menunaikan solat Zuhur . Dalam solatnya , dia menangis-nangis
kerana Sang Penciptanya telah membuatkan dia begitu terharu dan mengurniakan
kejayaan yang tidak ternilai yang mampu menjaminkan syurga impian setiap
makhluk di muka bumi .
Firman
Allah s.w.t. lagi:
Allah
mencintai orang-orang yang sabar. (Surah Ali Imran: 146)
Dalam
doanya ,
Hatinya sentiasa berbunga dengan cinta sang
kekasih ketika membaca puisi sufi Allah , Rabi`ah Al Adawiyah . Dengan membaca
puisi-puisi ciptaan beliau , ia membuatkan Qatrun sentiasa yakin terhadap kuasa
cinta sang Illahi serta membuatkan dia ingin selalu ingin mendekati-Nya . Antara puisi yang paling Qatrun gemari :
Puisi Sufi Rabi’ah Al Adawiyyah
Dua cinta ku serahkan padaMu
Cinta berkuntum hasil ingatanku padaMu
Dan cintaMu sejati kerana Kaulah kemuncak Cinta
PadaMu berpulang jua
Berkuntum dari inginku berpulang jua diriku
ingatanMu
Tidakku benarkan cintaMu tersasar
Peri datangMu bilamana Kau ingin tanpa waktu,sesuka
hatiMu
Mengangkat tabir hatiku melihat kehadiranMu
Tiadalah puji dari aku padaMu, tiada puji dariMu
padaku
Melainkan
Segala puji bagiMu jua yang ini dan yang itu…
Rehat hatiku wahai kawan hanya di dalam khalwah
sunyi sendiriku
Dan di sini kasihku hadir bersama
Tiada ingin lagi ku pinta lebih dari kehadiranNya
Dan cinta KasihNya
Kerana cinta kasih padaNya aku diuji di maya fana
Di mana saja aku berada indah WajahNya bersama
Kiblatku DiriNya, tujuku HalaNya
Wahai mati aku kerana cinta jika cintaku tidak
diterima
Kepada manusia aku hanya batangan keparat, binasa,
hina, tiada berguna
Wahai Hakim sanubari, penawar segala kesakitan
Rindu berpulang padaMu jua
Gantikan hidup ini; benarkan aku merapati-Mu
Biar hilang rasa rindu sehilangnya, biar sembuh
luka hatiku hingga ke lubuknya
Wahai Dikau, cahaya riang hatiku, sinar hidupku,
hanya kerana
Dikau adanya aku dan, kemabukan ceria hatiku
Ku palingkan wajah dari kejadian demi bersatu
dengan-Mu
Dari awal hingga ke akhir.....
“Tiga perkara yang barangsiapa terdapat
(ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperoleh kemanisan iman :
(iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah
dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci
untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke
dalam api”. (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)
No comments:
Post a Comment