6/11/2016

Berharap pada Yang satu ❤

Sedangkan manusia suatu hari nanti akan tinggalkan kita.
Maka, hasbunallah wani' mal wakill 💕

2/10/2015

Di Mana Letaknya Cinta Kau Sang Manusia ?

Cinta duniawi memang meresahkan.
Kalau sudah tahu, mengapa masih mahu bikin onar?

Baik kau hindari. Cinta tanpa sebarang ikatan yang sah ini, mampu mengundang segala rasa yang tidak sepatutnya meresap ke dalam jiwa kau .

CEMBURU. SAYANG. PUTUS ASA. PENGHARAPAN TINGGI. KEPERCAYAAN. ETC

Kerana cinta, sanggup serahkan segalanya tanpa rasa belas kasihan pada diri. Kejam kau pada diri.

Kejam kau pada Pencipta sendiri. Sedangkan Dia Maha Melihat. Sedangkan Dia Maha penyabar. Sedangkan Dia Maha Pengasih.

Dia melihat kau setiap hari . Dia sabar dengan kau bila kau menjauhiNya . Dia setia menanti sehingga kau kembali bertaubat dan mendekatinya. Dia kasih pada kau malah kau mencurangiNya.

Kerana kau hanya percaya dan lihat pada benda yang ada secara zahirnya. Tetapi secara batinnya, kau tidak mampu buat sebegitu .kerana kau tidak nampak Allah , kerana kau buta akan nikmat yang Allah berikan , sehingga hilang rasa syukur kau terhadapnya . Sedangkan Dia sentiasa memberi dan terus memberi kerana cinta Nya terhadap kau . Malah kau dustakan semuanya .

Dengan hati yang ego , kau berkata bahawa kau layak untuk syurgaNya !
*Membawa bersama kekasih jiwa yang tidak halal bagi kau*

*Berangan-angan indah terbang bersama yang haram*

Layakkah kau ke syurgaNya sedangkan cinta Nya tidak kau balas ?
Sedangkan nikmatNya kau tidak mensyukuri ?
Sedangkan kau masih menjalinkan hubungan yang terlarang diwarnai nafsu zina semata-mata ?

Sedarlah wahai manusia !
Di manakah Allah di hati mu ?
Kau biarkan nafsu beraja di hati , sedangkan kau lupa bahawa itu tempatnya simpan cinta Illahi malah kau surami dengan nafsu binasa .

Moga kau berjaga-jaga dalam memelihara jiwa buat Sang Kekasih Alam .

Sekian, jiwa.