Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh ...
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Subhanallah walhamdulillaah walaa ilaaha illallaah wallaahu akbar’
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Insya'ALLAH.
❤•.¸✿¸¸.ƸӜƷ.¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸.ƸӜƷ.¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸.ƸӜƷ.¸¸✿¸.•❤••❤•.¸✿¸¸.ƸӜƷ.¸¸✿¸.•❤
Alhamdulillah..!!
Hari yang sangat menarik..segala yang dilakukan tanpa sebarang perancangan dan sangat lari daripada perancangan asal saya sendiri.
Bermula dengan saya merancang untuk menghabiskan seluruh masa pada hari ini untuk menyiapkan tugasan-tugasan tutorial dan persatuan, akhirnya lain yang Allah lorongkan untuk saya bermula seawal pagi hari ini..
USrAH!
Bersama adik-adik yang sweet, baik dan punyai hati-hati yang bersih membuatkan saya merasa seronok dan sedikit terlupa untuk melakukan kerja-kerja yang kononnya bertimbun (disebabkan salah sendiri)…
Nasi lemak sambal tumis bersama telur goreng disediakan oleh adik2 usrah dan saya hanya menumpang sekaki untuk makan sekali bersama seorang lagi sahabat lain. Tapi bukan itu yang ingin saya ceritakan di sini.
Bila disebut tentang ukhuwah, apa yang dapat saya kongsi daripada usrah tadi adalah ukhuwah melibatkan komitmen. Betul juga. Tidak pernah saya terfikir tentang hubungan di antara kedua perkara ini sehinggalah pada pagi tadi, ini adalah seolah-olah benda baru yang saya dapat.
Benarlah, ukhuwah adalah melibatkan hubungan di antara dua pihak atau lebih. Sering kita mendengar tentang ayat ‘ bertepuk sebelah tangan ‘ dalam hal-hal hubungan yang tidak mendapat balasan. Itu adalah komitmen! Tiada balasan adalah tiada komitmen. Mana mungkin seseorang itu akan mengatakan bahawa dia merasakan manis dan bahagia dengan ukhuwah tersebut jikalau hanya dia sahaja yang berusaha memaknakan ukhuwah tersebut tanpa mendapat respon yang baik daripada mereka yang dituju. Hanya memberi setiap masa tidak akan mampu melahirkan kemanisan dalam perhubungan kerana pada satu masa kita juga ingin menerima dan mereka juga perlu menjadi orang yang memberi.
Komitmen dalam ukhuwah islamiyah dengan ukhwuah biasa-biasa yang bukanlah didasari atas dasar LiLlahi Ta’ala, adalah berbeza. Komitmen dalam ukhuwah islamiyah yang berasaskan sayang semata-mata kerana Allah pastinya adalah lebih manis jika dibandingkan dengan ukhuwah biasa yaitu tanpa rasa berukhuwah itu adalah kerana Allah. Ini adalah kerana ukhuwah kerana Allah ini tidak bergantung kepada material atau nafsu berbanding ukhuwah selain itu yang mungkin komitmen diberi kerana inginkan satu-satu kepentingan peribadi.
Antara contoh yang diberi adalah apabila seorang A dan B berukhuwah, si A selalu berusaha melakukan sesuatu seperti merancang untuk bersukan bersama, makan bersama, rehlah dan sebagainya yang diusahakan untuk mencapai kemanisan ukhwuah, namun si B sering memberikan respon yang negatif terhadap usaha tersebut, pastinya di A tidak akan declare bahawa dia mempunyai ukhuwah yang manis dengan si B. kerana perkara yang perlu dilakukan untuk sama-sama memaknakan dan merasai kemanisan ukhuwah adalah tindakan si B yang sepatutnya menyambut baik cadangan-cadangn yang dilakukan oleh si A dan si B juga seharusnya bertindak untuk merancang pula untuk si A. dan macam-macam lagi. Hinggakan ukhuwah tersebut akan terasa manis dan sentiasa meningkat dari satu tahap ke tahap lain.
Hinggakan rasa sayang dan rindu bertambah bila tidak berjumpa. Dan bila disebut ukhuwah islamiyah, pastilah ia adalah ukhuwah di atas landasan syariat yang benar dan dipelihara tanpa dicemari oleh anasir-anasir yang mampu merosakkan keberkatan ukhuwah itu.
Hanyalah perkongsian untuk manfaat bersama.
Selamat berfikir dan bertindak untuk mendapat manisnya berukhuwah kerana Allah~
Wallahu a’lam…
*p/s: Cubalah buat sesuatu untuk orang yang anda sayang…(^_^)gambaR sebagai perhiasan...AmbilLah kata2nya sebagai pegangan,InsyaAllah :)
Hasil Nukilan Hamba Allah :)
No comments:
Post a Comment