12/16/2011

RUGINYA MENINGGALKAN SOLAT................




Orang yang mengabaikan solat akan mendapat kerugian di dunia dan akhirat.
Di dunia, kehidupan mereka akan dipenuhi dengan maksiat dan kemungkaran,
serta hidup menjadi tidak tenang dan tidak keruan.
Allah berfirman yang bermaksud : "Sesungguhnya solat itu mencegah daripada
perbuatan keji dan mungkar." (Surah al-'Ankabut 29:45)
Apakah untungnya kalau hidup dalam kemewahan sekali pun, sekiranya hati
tidak tenteram dan tenang?
Manakala di akhirat pula, orang yang mengabaikan solat akan menerima
azab yang pedih.
Dalam kitab al-Kaba'ir karangan al-Imam al-Zahabi, dinyatakan bahawa
sebahagian ulama telah berkata bahawa orang yang meninggalkan solat
akan dikumpulkan bersama Qarun, Firaun, Haman dan Ubay bin Khalaf di
akhirat kelak......................

No comments:

Post a Comment