12/16/2011

CoreTan Hati ♥



Hatiku ingin berkata-kata lagi tentang ‘Cinta’. Semakin kumemikirkannya, semakin kuberdebar. Kenapa? Kerana di mana ada pengakuan, di situ ada tanda yang membenarkan pengakuan. Semakin kuat mahabbah, tentu semakin kuat ittiba’ kan?

Saudaraku, sebaknya hatiku bila berbicara pula tentang kejujuran. Malu! kerana Dia Maha Mengetahui hakikat diriku.
Ya Allah, bantulah kami dalam mencintai-Mu sehingga kami layak pula dicintai-Mu.
………………..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sahabat sahabat yang kukasihi kerana Allah S.W.T

Setinggi hubungan CINTA adalah ‘mencintai dan dicintai Allah’. Subhanallah! Alangkah besarnya nikmat ini. Adakah kita telah mencapai hubungan Cinta ini? Atau kita sedang berusaha mendapatkannya? Jika kita sedang berusaha, adakah kita bersungguh-sungguh dalam usaha? Adakah kita benar-benar mencintai Allah atau hanya pengakuan semata-mata? Di manakah kejujuran kita dalam melafazkan cinta?

Saudara-saudaraku, Insya-Allah, ana kongsikan ‘tanda-tanda Cinta’ buat kalian agar kita menilai dan memuhasabah diri . Adakah ada tanda-tanda Cinta itu dalam diri kita?

Tanda-tanda Cinta 1 adalah:

-Memanahkan dan menghalakan pandangan mata-

Mata adalah pintu hati. Pandangan mata mampu menterjemahkan segala rahsia-rahsia yang tersimpan di dalam hati.

Buktinya, orang yang sedang jatuh cinta, pandangannya selalu terarah kepada yang di cintainya. Ketika kitalah orang yang sedang jatuh cinta, kita selalu tercari-cari kelibat si dia. Ingin melihatnya. Merasa kurang tanpa kehadirannya. Memerhati sikapnya, perbuatannya, peribadinya.

Tetapi bagaimana pula tanda-tanda cinta kita kepada Allah?

Subhanallah! Ketika seorang hamba mencintai Rabbnya, pasti ia ingin memerhatikan segala yang berkaitan dengan kekasihnya dengan penuh minat. Para pecinta-Nya akan selalu memerhatikan Al-Quran Al-Karim, iaitu kalam kekasihnya. Ia suka untuk memerhati dan memahami segala isi kandungannya.
Para pecinta-Nya juga akan selalu memerhatikan segala ciptaan-Nya seperti langit, haiwan-haiwan, bunga-bungaan. Ia mengenal Allah dengan perasaan dan pemikirannya. Ia merasai kebesaran dan keagongan-Nya. Ia melihat dan memikirkan setiap kejadian di atas bumi lalu dihubungkan dengan keimanan kepada Allah S.W.T

No comments:

Post a Comment