Kali ini saya akan mengajak anda untuk membincangkan tentang lubang-lubang yang paling misteri dan unik di dunia. Lubang-lubang ini sebahagian besarnya terbentuk secara semulajadi dan merupakan keajaiban alam. Ini lubang-lubang tersebut:
1. The Door to Hell-Uzbekistan
"The door to hell", begitulah sebutan orang-orang untuk tempat yang satu ini.Tempat ini disebut begitu kerana bentuknya yang aneh seakan-akan berhubung dengan teras bumi. Laman yang terletak di dekat kota kecil Darvaz di Uzbekistan ini tergolong aneh jika dibandingkan dengan lubang-lubang dunia yang lain.
Dibilang aneh kerana tidak seperti lubang2 yang lain, lubang yang satu ini diselimuti oleh api yang terus-terusan menyala tanpa henti. Konon, sudah lebih dari 35 tahun api tersebut tetap menyala. Apa yang membuatnya boleh dapat terus menyala?
Menurut para penyelidik dan geologist, lubang tersebut adalah keajaiban. Dia tidak mengeluarkan gas-gas yang beracun, tidak seperti kebanyakan lubang2 raksasa lain. Seharusnya kerana kedalamannya yang sangat dalam lubang tersebut mengeluarkan gas beracun, tapi yang ini tidak.
Banyak spekulasi yang merebak berkaitan proses pembentukan lubang ini. Ada yang bilang ini adalah keajaiban alam. Ada yang mengatakan bahawa ini bekas tempat meteor berskala sedang jatuh. Ada juga yang mengatakan bahawa ini akibat dari kemalangan pada pengeboran eksplorasi gas alam pada tahun 1986 yang menyebabkan letupan besar, ini adalah bekas letupan tersebut. Namun tidak satu pun teori yang dapat dibenarkan.
Apakah sebenarnya yang terjadi sehingga mencipta fenomena alam seperti ini? Apa yang membuat api tersebut boleh menyala hingga bertahun-tahun?
2. Kimberley Hole - Afrika Selatan
Lubang Besar Kimberley berada di Afrika Selatan dan lubang ini mencapai kedalaman 1.097 meter dan garis tengah lubang ini adalah 463 meter. Lubang ini adalah yang terdalam yang pernah digali manusia di atas bumi ini. Dari tahun 1866 hingga 1914 (ditutup pemerintah) sebanyak 50.000 penambang telah menggali lubang ini dan menghasilkan lebih dari 3 ton berlian. Jumlah tanah yang terbuang oleh perlombongan dianggarkan sekitar 22,5 juta tan.
3. Glory Hole - Monticello Dam, California
Lubang ini merupakan spillway terbesar di dunia, digunkan apabila air sudah melebihi kapasiti waduk dan harus dikurangkan volumenya. Dengan saiz ini membolehkan untuk mengambil 14.400 padu air setiap saat. Lokasi lubang ini berada di Empangan Monticello, California, Amerika.
Cuba perhatikan lubang pada bahagian kiri gambar di atas, jika anda melompat ke dalam maka anda akan keluar dari pancaran air di dekat bahagian bawah empangan (Gambar di bawah).
4. Bingham Canyon Mine - Utah
Lubang ini dibuat manusia untuk perlombongan. Pengerukan bermula pada tahun 1863 dan masih terus berlangsung sampai dengan hari ini. Pada saat ini saiz lubang adalah dengan kedalaman 0,75 batu dan lebar 2,5 batu.
5. Great Blue Hole - Belize
Fenomena geografi yang luar biasa ini dikenali sebagai "Blue Hole" terletak 60 batu di bahagian daratan Belize.Terdapat banyak "blue hole" di seluruh dunia, tetapi tidak seperti yang menakjubkan ini. Pada permukaan diameter lubang adalah 0,25 batu, dengan kedalaman mencapai 145 meter. Dengan jelas boleh diamati dengan menyelam.
6. Mirny Diamond Mine - Serbia
Banyak orang telah melihat lubang satu ini. Mereka berpendapat bahawa perlombongan intan ini hasil perbuatan manusia terburuk yang pernah ada di dunia. Pada kedalaman 525 meter dan dia atas 1200 meter, bahkan telah ditetapkan larangan terbang di atas zon lubang kerana beberapa helikopter pernah jatuh ke dalam lubang tersebut.
7. Diavik Mine - Canada
Lubang yang luar biasa ini boleh didapati di 300km timur laut dari Yellowknife di Kanada. Ini adalah tambang yang sangat besar dan daerah yang jauh sehingga ia bahkan telah memiliki sendiri lapangan terbang dengan landasan yang cukup besar untuk menampung sebuah Boeing 737. Hal itu juga terlihat sama ketika air di sekililingnya membeku.
8. Sink Hole - Guatemala
Pada tahun 2007 terjadi sebuah sink hole atau lubang sedalam 300 kaki yang sanggup menelan Patung Liberty. Sinkhole disebabkan ketika air (air hujan atau kotoran biasanya) di dalam bumi hilang pada skala besar, sehingga menyebabkan perubahan tekanan dari bawah, ketidakstabilan alam dan menyebabkan permukaan tanah "collaps" atau runtuh ke dalam bumi, menenggelamkan belasan rumah dan menewaskan sekurang-kurangnya 3 orang.
9. Lubang misteri menyerupai gua besar di Antartika
Adakah markas tentera sulit atau markas alien di Antartika? Sebuah struktur berbentuk lubang pintu kelihatan di sebuah bukit batu bersalji di Antartika. Lubang itu sepertinya dibuat oleh tangan-tangan manusia.
Posisi lubang itu adalah 66 33 '11.58 "S, 99 50' 17.86" E. Apakah lubang itu hasil buatan tangan manusia, atau hanya sebuah lubang yang tercipta kerana ganasnya alam Antartika?
Gambar dibawah ini adalah gambar yang diambil tarikh 23 Februari 2006 berbanding dengan foto yang diambil selepas itu. Pada foto 23 Februari 2006, lubang itu belum ada atau tertutup oleh salju. Tapi hari-hari berikutnya ketika salji tersingkir, terlihatlah sebuah lubang yang luar biasa besar.
Setelah dilakukan pengukuran, maka pintu lubang itu dianggarkan mempunyai tinggi sekitar 30 meter dengan lebar 90 meter. Cukup besar untuk keluar masuk kapal terbang.
Sudah lama beredar isu kalau tentera Amerika mempunyai markas rahsia di Antartika. Bahkan Nazi juga pernah dikhabarkan membina markas di tempat itu. Namun Tidak ada yang mengetahui pasti kebenarannya.
Walaupun bentuk lubang itu memang menarik perhatian, saya rasa belum tentu juga lubang itu buatan tangan manusia. Bukankah Alam juga pandai membuat gua-gua yang indah?
10. Mel 's Hole-Washington (Amerika)
Mel 's hole adalah sebuah lubang yang berada di satu bahagian dari bandar kecil di Washington bernama Manastash Ridge. Pertama kali ditemui oleh Mel waters, lubang berdiameter 9 kaki itu mengandung misteri.Karena diduga, lubang tersebut tidak berujung!
Sejak ditemui, penduduk sekitar menjadikannya sebagai tempat pembuangan sampah. Yang membuat orang-orang tersebut heran adalah meraka tidak pernah mendengar sampah-sampah yang mereka buang menyentuh dasar. Mel cuba untuk mengukur sendiri kedalaman lubang tersebut dengan tali pancing. Hingga menyentuh angka 80 ribu kaki mel tidak menemukan dasarnya. Dia pun langsung mengkontak sebuah stesen radio terkenal untuk melaporkan hal ini. Kerajaan diduga cuba membungkam Mel dengan menyuruhnya pindah ke Australia. mel 's Hole dikabarkan mampu menghidupkan haiwan yang sudah mati.
Kuala Lumpur, 21 Jun 2010
Mashudi Antoro (Oedi `)
No comments:
Post a Comment